10 Kunci Persahabatan Yg Baik
1) Pilih orang yang mempunyai minat yang
sama seperti anda supaya anda mempunyai persamaan, tetapi jangan mengetepikan
orang yang langsung tidak mempunyai persamaan dengan anda, bersikap terbuka
baik untuk anda.
2) Ingatlah pada satu pedoman penting
iaitu berlaku baik terhadap orang lain sebagaimana anda suka diperlakukan.
Sekiranya anda menghormati orang lain,orang lain akan menghormati anda juga.
3) Sedarlah bahawa tiada siapa yang
sempurna, setiap orang mempunyai sifat-sifat aneh dan kecacatan, dan menerima
kecacatan antara satu sama lain adalah kunci persahabatan yang baik.
4) Hargai pendapat satu sama lain.
5) Sedarlah bahawa kawan yang rapat
sekalipun tidak dapat bersama 24 jam.Bina minat-minat yang lain dan jangan
cemburu apabila kawan anda mempunyai minat-minat yang lain juga.
6) Komunikasi sangat penting, kawan anda
tidak boleh membaca fikiran anda.Sekiranya ada sesuatu yang menjejaskan
persahabatan anda, beritahulah.
8) Belajar daripada satu sama lain.
9) Jangan mengata di belakang kawan anda.
10) Pilih kata-kata anda dengan bijaksana kerana anda tidak boleh menariknya kembali.
No comments:
Post a Comment